Sunday, April 11

Strategi media dan komunikasi dalam pendidikan alam sekitar.

Jika dibicara kan tentang alam sekitar,pelbagai jenis isu dapat di utarakan.Sebagai contoh,pencemaran udara,air,bunyi dan sebagainya. Ia seperti sudah menjadi perkara biasa yang diperkatakan oleh media-media yang ada di Malaysia. Tetapi dengan adanya media ia dapat disalurkan kepada pihak-pihak yang berwajib supaya dapat mengambil tindakan yang sepatutnya. Selain dari itu ia juga dapat memberi kesedaran kepada orang ramai tentang kepentingan alam sekitar sekaligus memberi ilmu secara tidak langsung tentang bagaimana menjaga alam sekitar dan mengelak untuk mencemarkan alam sekitar.

Pencemaran merupakan kehadiran atau penambahan sesuatu bahan semulajadi atau bukan semulajadi ke dalam sekitaran, sehingga merosakkan sebahagian atau keseluruhan ekosistem (DBP,1993). Ini terjadi kerana sifat manusia yang seringkali ingin mendapatkan sesuatu tanpa berfikir panjang. Di Negara yang serba moden ini, pencemaran dianggap sebagai perkara yang biasa terjadi walaupun media cuba memberitahu orang ramai tentang pencemaran alam sekitar tetapi ia seperti ‘masuk telinga kiri,keluar telinga kanan’. Walaubagimanapun media masih lagi ingin memberitahu orang ramai tentang kepentingan alam sekitar dan perlu untuk orang ramai menghargainya sebelum ia terlambat.

Fungsi media adalah untuk memberi maklumat kepada orang ramai, ia merupakan saluran yang paling mudah untuk mendapat maklumat. Sebagai contoh di Negara-negara dunia ke-3. Dalam kajian Lerner’s(1958) dan Schramm’s (1964) telah mengatakan bahawa media adalah salah satu agen yang penting dalam pembangunan. Ia seperti memberi idea baru tentang idea dan model baru dari barat ke dunia ke-3, dan dari masyarakat Bandar ke masyarakat yang tinggal di luar Bandar. Ini telah menunjukkan bahawa media adalah salah satu sumber yang penting dalam menyalurkan maklumat. Dengan adanya media maka maklumat akan dapat di seberkan dengan cepat dan mudah. Media di bahagikan kepada beberapa katagori, sebagai contoh media cetak,media dalam talian ,media elektronik dan sebagainya.

Walaupun ia berbeza dari segi bagaimana ia di katagorikan tetapi fungsinya tetap sama iaitu menyampaikan maklumat kepada orang ramai. Sebagai contoh,media cetak,setiap hari masyarakat akan membeli akhbar walaupun sekarang terdapat media dalam talian tetapi masih ada lagi masyarakat yang membeli akhbar kerana ia dianggap satu kepuasan membaca. Setiap hari ada sahaja cerita tentang alam sekitar di cerita kan, sebagai contoh dalam akhbar harian Metro bertarikh 8 Januari 2010,ia ada menyiarkan tentang kakitangan Plus turun gotong royong di kampung Charok sikin. Kejasama yang dilakukan oleh pihak Pluss dan masyarakat kampung adalah bertujuaan untuk merapatkan hubugan kakitangan syariakt dengan penduduk, selain itu juga dapat melakukan aktiviti kebajikan dengan masyarakat tempatan dengan menghulurkan sumbangan kepada fakir miskin, orang kurang upaya (OKU). Ibu tunggal dan kanak-kanak miskin. Ini menunjukkan kakitangan Plus dapat beramal di samping merapatkan silaturahim, dan yang paling penting mereka bersama-sama menjalankan aktiviti gotong royong bagi membersihkan kawasan-kawasan yang sepatutnya. Dengan adanya artikal seperti ini di akhbar-akhbar maka ia dapat membuka mata masyarakat tentang mereka dapat beramal dan juga menjaga kebersihan.

Internet adalah satu system yang dapat memberitahu maklumat dengan lebih mudah,ini kerana setiap maklumat yang diinginkan dapat dicari di internet. Jika di google

Tentang pencemaran alam sekitar di internet terdapat beribu pautan yang akan tertera. Ia dapat diakses dengan mudah. Malahan bukan sahaja cerita yang dapat dibaca, mereka juga boleh mengambil bahagian dalam menjaga alam sekitar. Sebagai contoh facebook adalah satu social network yang dapat menghubungkan di antara satu sama lain. Di dalam facebook itu sendiri terdapat pelbagai jenis group yang telah ditubuhkan termasuk group alam sekitar. Disini memnunjukkan facebook dapat mengajak dan memberitahu tentang kepentingan alam sekitar pada semua ia bukan semata-mata tempat untuk berkenalan tetapi juga ia adalah satu pautan yang memberi maklumat kepada pengguna facebook. Blog juga sebagai contoh adalah satu jaringan di mana ia dapat melahirkan idea-idea untuk menulis tanpa batasan. Di Malaysia sendiri, terdapat pelbagai jenis blog yang ditulis oleh penulis-penulis yang dipanggil blogger, mereka akan menulis pelbagai jenis cerita, tidak kira samaada cerita ilmiah atau pun tidak. Sebagai contoh http://tangisanbulanmadu.blogspot.com/search/label/ALAM%20SEKITAR , blog ini banyak menceritakan tentang kepentingan alam sekitar. Tentag apa yang terjadi, ia memberi maklumat kepada pembaca-pembacanya. Secara tidak langsung beliau telah memberi limu kepada pembacanya. Selain dari itu, pemilik blog juga ada meletakkan beberapa jenis link/pautan tentang alam sekitar di blog nya. Jadi pembaca dapat membaca pendapat-pendapat selain dari dirinya.

Periklanan adalah satu medium yang paling senang dan mudah ini kerana sifatnya yang menarik,jangkauannya nya yang mudah dan bersifat non-personal. Menurut Sinclair lewis (1885-1951)

‘Advertising is a valuable economic factor because it is the cheapest way of selling goods, particularly if the goods are worthless’. Periklanan adalah satu medium yang mudah untuk menyampai kan sesuatu mesej. Selain ia membantu memberi maklumat ia juga dianggap sebagai menyumbang kepada ekonomi Negara, sebagai contoh dalam iklan kitar semula. Masyarakat sedia maklum bahawa sisa-sisa yang tidak digunakan seperti botol surat kabar dan plastik dapat dikitar semula, peranan media dalam hal ini adalah memberitahu bagaimana dan kebaikan kitar semula. Jadi ia sedikit sebanyak dapat menolong Negara dari memikir kan tentang masalah sampah. Selain dari itu ia juga dapat membantu alam sekitar dari terus tercemar. Dalam isu kitar semual ini, walaupun media mahupun kerajaan telah memainkan peranan masing-masing tetapi ia semua terletak di tangan masyarakt itu sendiri.

Petikan dari Barack Obama mengatakan

‘If you're walking down the right path and you're willing to keep walking, eventually you'll make progresses’. Ini menunjukkan bahawa masyarakat atau individu itu sendiri perlu ada kesedaran dalam diri sendiri dalam keperntingan bersama.

Pada masa kini dapat dilihat bahawa alam sekitar adalah penting bagi masyakat dunia. Masing-masing mahu kan barangan yang environment friendly kerana ia dapat mengurangkan bahan-bahan yang tercemar. Di pasaran kini terdapat pelbagai jenis barang-barang yang lebih environment friendly sebagai contoh mesin basuh,peti sujuk, penyaman udara dan sebagainya. Mereka mempromosikan barangan-barangan ini dengan menggunakan media. Jika dilihat iklan-iklan di televisyen, mereka menggunakan artis untuk mempromosikan produk mereka. Ini kerana masyarakat lebih tertarik dengan artis-artis yang dikenali berbanding dengan yang tidak dikenali. Selain itu iklan-ikaln di akhbar-akhbar juga dikeluarkan bagi mereka yang masih membeli surat khabar. Jadi mereka akan melihat dan membaca sekaligus memberi idea dan mempromosikan barangan tersebut. Walaupun Negara makin membangun dan masyarakat semakin berkembang dari segi pemikiran,sosial dan sebagainya, kerana maju nya Negara maka semakin banyak pencemaran yang berlaku. Maka dengan menggunakan media ia dapat meningkatkan kesedaran kepada masyarakat. Media memaparkan segala cerita-cerita tentang pencemaran dan kesan dari pencemaran.

The need to understand the link between the mass media and sustainable development is indeed a very important one and has been widely acknowledged. There can be a little doubt that the mass media are important sources of awareness towards sustainable development issues. A significant proportion of people knowledge about sustainable development is acquired through mass media coverage (newspapers. Magazine, television, and radio)’

(Leal Filho. 1993; Okigbo. 1994; Voisey & Church, 1999; Oepen & Hamacher, 2000; sustainability 2002; Tabakova, 2002; porter & Sims, 2003; Rabelo, 2003)

Kampen juga adalah salah satu alat komunikasi bagi memberi maklumat kepada masyarakat. Di Malaysia ini sendiri terdapat pelbagai kampen yang terhasil. Sebagai contoh di usm ( Universiti Sains Malaysia) sendiri sangat menitikberat kan tentang kelastarian. Pelbagai jenis kampen yang dilakukan dan isu yang sering diutarakan adalah tentang ‘white coffin’. Sejak Januari 2008 USM sudah ‘mengharamkan’ pengunaan bekas polystyrene bagi membungkus makanan di kafeteria-kafeteria di USM, dan ia telah digantikan dengan bekas makanan mesra alam yang diperbuat daripada bahan buangan kelapa sawit bagi membungkus makanan. Disebabkan kampen ini USM itu sendiri telah di beri pengiktaran oleh Pertubuhan Bangsa-Bangsa Bersatu di Universiti Nagoya, Jepun pada 29 jun 2005 sebagai Pusat Kecemerlangan Serantau Pendidikan untuk Pembangunan Lestari (Regional centre of Excellence in Education for Sustainable Development.)

Ini menunjukkan kampen sukarela yang dilakukan oleh pihak university bagi memelihara alam sekitar. Dalam kampen ini setiap warga USM itu sendiri telah mengambil bahagian dalam kampen ini dengan tidak menggunakan beg plastik untuk membeli keperluan harian, mereka akan membawa beg mereka sendiri jika mahu membeli sesuatu. Hal ini telah di beritahu dalam surat khabar utusan 27 Januari 2010 ms mega fokus dan ditulis oleh Mariatul Qatiah Zakaria.

Media telah banyak membantu dalam pendidikan alam sekitar. Pelbagai jenis program dan persatuan telah ditubuhkan untuk meningkat kan sikap pentingkan alam sekitar kepada masyarakat setempat. Walaupun alam sekitar masih lagi tercemar sebagai contoh asap-asap kilang yang keluar tanpa had, pencemaran air akibat dari sisa buangan toksik oleh mereka yang tidak bertanggungjawap tetapi apabila ia dikeluarkan di televisyen, masyarakat akan secara tidak langsung akan menjadi lebih sedar tentang kepentingan menjaga alam sekitar. Jika alam sekitar tidak di jaga, maka bakal anak-anak yang akan lahir tidak dapat menikmati kesegaran yang sebenar. Walaubagaimana media menyiarkan tentang kepentingan menjaga alam sekitar, masyrakat itu sendiri halus memupuk sikap ini, pada mulanya ia memang akan merasakan ia susuh kerana tidak biasa melakukan perkara seperti itu, tetapi masyarakat itu sendiri perlu melihat dari sudut akan datang.

Public participation in democratic decision –making about sustainable development is dependent to a large extent on the degree to which arguments, analysis, evidence and evaluation pertaining to such issues can be made available to the general public. Media coverage of sustainable development issue is not only a question of creating a forum for political debate, but it is also a question of providing and managing the kind of information which will enable citizens to make decision about ‘appropriate’ behavior and precautions’

(Hansen, 1995)

2 comments:

Unknown said...

bersetuju tentang strategi iklan dalam pendidikan alam sekitar. iklan mampu memberikan pengaruh tidak hanya kepada orang dewasa, malahan kanak-kanak juga akan turut sama sedar tentang kepentingan menjaga alam sekitar.

kempen yang dilakukan di universiti-universiti contohnya kempen membawa bekas makanan dan minuman sendiri adalah sangat menarik. ia seharusnya di perhebatkan menerusi iklan supaya masyarakat seluruh negara dapat mengamalkan budaya ini.

print said...

hi good story it . what do think policy in thai? www.printhaha.blogspot.com